Tahfiz Darul Furqan


Tahfiz Darul Furqan (TDF) telah ditubuhkan pada 15 November 1992 yang berpusat di Lot 2757-B, Kampung Padang Balang, 51100 Sentul Kuala Lumpur dan telah mempunyai DUA CAWANGAN TAMBAHAN iaitu di Sungai Pelek,Sepang dan di Kemboja. Di asaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Salleh sani bin Haji Harun Al-hafiz. Ia merupakan salah sebuah Institut Pengajian Hafazan Al-Quran persendirian (swasta) yang menekankan penghafazan 30 juzuk Al-Quran sepenuh masa dan Tahfiz Akademik yang melibatkan Pra Tahfiz, Tadika, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

TDF merupakan sebuah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran sebagai memenuhi kehendak masyarakat Islam di Malaysia yang mula cenderung untuk menghayati Islam secara sempurna dan mendalam disamping menunaikan fardhu kifayah iaitu melahirkan golongan huffaz yang bertaqwa, berilmu dan prihatin.

Kini bilangan pelajar Tahfiz Darul Furqan bahagian pusat sahaja adalah seramai lapan ratus enam puluh lapan (868) orang.

Kurikulum tahfiz merupakan kurikulum tersendiri yang merangkumi gabungan hafazan Al-Quran, pembelajaran Pengajian Islam dan Akademik melalui sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem pembelajaran dan pengajian disusun mengikut kehendak agama dan disesuaikan dengan perkembangan sistem pendidikan Malaysia.

Cawangan Kampung Padang Balang
Merupakan cawangan pusat (HQ) bagi Tahfiz Darul Furqan. Mempunyai pengajian hafazan Al-Quran 30 Juzuk sepenuh masa dan Pembelajaran Akademik mengikut sukata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM. Bermula dari Tadika (4-6 tahun) sehingga Sekolah Menengah.

Jumlah Pelajar dan Guru


PRA
TAHFIZ
SEKOLAH
RENDAH
TAHFIZ
LELAKI
TAHFIZ
PEREMPUAN
JUMLAH
UMUR

PELAJAR

GURU
4-6 tahun

120 Pelajar

9 Guru
7-12 tahun

343 Pelajar

18 Guru
8-19 tahun

230 Pelajar

8 Guru
8-19 tahun

175 Pelajar

13 Guru


868 Pelajar

48 Guru


Cawangan Sungai Pelek, Sepang
Mula beroperasi pada tahun 2012 di atas sebidang tanah seluas 5 ekar yang beralamat di Lot 2793 Kampung Hulu Teris, Sungai Pelek, 43950 Sepang Selangor.

Telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mempunyai 6 orang guru serta 50 orang pelajar tahfiz lelaki.

Cawangan Kemboja
Telah beroperasi selama 7 tahun dan dibiayai sepenuhnya oelah Tahfiz Darul Furqan bahagian pusat (HQ) yang mempunyai 2 orang guru dan 40 orang pelajar.


OBJEKTIF
Sasaran utama Kelas Tahsin Al-Quran adalah bermula dari umur 13 tahun dan keatas bertujuan untuk :

  1. Melaksanakan kewajipan fardhu kifayah yang dituntut oleh Islam dalam memelihara kesahihan, kesucian dan keaslian Islam dan Al-quran dari sebarang penyelewengan bacaan dan penulisan.
  2. Melahirkan generasi Al-Quran dan para ulamak yang menepati ciri-ciri taqwa dan beramal dengannya.
  3. Melahirkan golongan yang serba boleh dalam mengendalikan ilmu, iman, amal dan dakwah melalui   hafalan Al-Quran dan hikmahnya.
  4. Menghidupkan kembali ilmu-ilmu Al-Quran serta menambah bilangan penghafaz  Al-Quran yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.
  5. Melahirkan pemimpin yang boleh dijadikan  qudwah  dan uswah bagi  membentuk  masyarkat  demi menjamin  kejayaan di dunia dan di akhirat.   
MISI
KEARAH MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN YANG BERIMAN, BERAMAL DAN BERTAQWA

VISI
BERIMAN BERILMU BERAMAL


Ingin berhubung dengan kami?

Sila ke laman utama blog tahfizdarulfurqan-tdf.blogspot.com lalu scroll hingga ke bawah dan isikan cadangan atau kritikan membina anda di dalam kotak yang disediakan

atau

Sila pergi ke laman contact "https://tahfizdarulfurqan-tdf.blogspot.com/p/contact.html"

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. sy mencadangkan pihak pengurusan untuk membuat portal peperiksaan supaya ibubapa dapat melihat keputusan peperiksaan melalui online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Insyallah saya akan bawa cadangan ini kepada pihak pentadbiran.. Terima kasih atas cadangan menarik :)

      Delete
  2. polished titanium - TITanium Art
    TITanium Art has the highest titanium trim as seen on tv quality in resin, but also the highest titanium hammer quality in resin. As an artist, you titanium studs can never titanium wedding ring be too titanium scrap price ambitious.

    ReplyDelete

Pages